Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Lelaki tunjuk keupayaan apung badan berjam-jam dalam air

51484751378_ZulkiflyMaidinsah.jpg
Nama Zulkifly Maidinsah,  bukanlah  satu nama yang dikenali ramai  malah  dia juga bukanlah seorang  atlet yang hebat di dalam sukan air  mahupun  renang.

Namun, pesara berusia 56 tahun itu mempunyai kemahiran yang boleh disifatkan luar biasa apabila mampu  melakukan pelbagai aksi  mengapungkan diri di dalam air selama berjam-jam lamanya.

Menurut Zulkifly yang turut dikenali sebagai Pak Ngah, berkata dia mampu mengapungkan diri dengan berdiri secara statik ataupun sambil berbaring dan juga berjalan di dalam air tanpa kakinya mencecah lantai kolam.

Katanya, kemahiran yang ada pada dirinya tidak pernah dipelajari dari mana-mana jurulatih sebaiknya  wujud secara  semulajadi.

“Apa yang Pak Ngah belajar selama ini secara semula jadi. Pak Ngah ucapkan terima kasih kepada USM kebenaran menggunakan kolam ini. Pak Ngah bukan ahli silap mata, Pak Ngah buat secara semula jadi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kompleks Renang Universiti Sains Malaysia hari ini.


Zulkifly berkata, bakat mengapungkan diri itu mula disedari beliau sejak lima tahun lalu.

Katanya dia menyedari mampu mengapungkan diri   dalam tempoh yang lama ketika mandi disebuah kolam dan  cuba mempraktikkannya sehingga hari ini.

Ujarnya, dia  pernah melakukan aksi berkenaan selama tiga jam dan yakin mampu  melakukannya lebih lama lagi bergantung kepada keadaan dan waktu yang sesuai.

Zulkifly berharap dapat mencipta nama di dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR) sekiranya tiada mana-mana individu yang mampu melakukan kemahiran itu di dalam tempoh yang lebih  lama.

Must Watch Video