Skip to main content

Gaya Hidup

Geng 'The Peanuts' bawa kemeriahan Krismas di Paradigm Mall

41436022929_ParadigmMall.jpg
Jika anda sukakan geng Snoopy, Charlie Brown dan The Peanuts, dua pusat beli belah menawarkan peluang bertemu mereka secara lebih dekat menjelang sambutan Hari Krismas.

Bermula Jumaat hingga 3 Jan, 2016, kesemua watak ini akan muncul di Upper Atrium, pusat beli-belah Paradigm Mall dan di hadapan ERL, Aras 2 di gateway@klia2.

Menurut pengurus besar WCT Malls, Vincent Chong, sempena perayaan Krismas dan pelancaran filem 'The Peanuts Movie', kedua-dua lokasi itu akan dihias untuk memeriahkan sambutan perayaan itu dengan gabungan watak daripada filem yang amat dinanti-nantikan itu.

"Kami yakin ia akan menarik perhatian rakyat Malaysia dan pelancong. Tambahan pula, pelanggan kami akan menikmati tawaran dan promosi hebat sepanjang tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tambahan, satu pertandingan Instagram akan diadakan dengan para pembeli dan pengunjung boleh merakamkan gambar yang kreatif di mana-mana pusat beli-belah itu dan berpeluang memenangi tiket eksklusif untuk menonton filem 'The Peanuts Movie'.


Must Watch Video