Skip to main content

Berita

Serangan KTV Cheras bermotif dendam perniagaan

KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Sentul dan Pengerusi Perkep (Persatuan Keluarga Polis) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Fadil berkata, setakat ini seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Kejadian serangan ke atas sebuah pusat hiburan KTV di Taman Shamelin, dekat Cheras, Ahad lalu dipercayai bermotifkan dendam peribadi antara pemilik kelab dan pesaing perniagaannya. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pemilik premis berkenaan dipercayai menggunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bagi mengawasi operasi perniagaan mereka. 

"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati pemilik premis hiburan KTV ini menggunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bagi mengawasi aktiviti pengoperasiannya dan kesan daripada masalah dendam dan persaingan akibat perniagaan menjadi punca kepada serangan dan rusuhan yang berlaku. 

"Ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Rabu. 

Sebelum ini, tular satu video memaparkan sekumpulan individu bertopeng menyerang pusat hiburan berkenaan. 

Kejadian yang disifatkan seolah-olah menyerupai aksi kumpulan kongsi gelap Hong Kong itu turut dirakam oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Must Watch Video