Skip to main content

Berita

Lelaki berjalan bogel ditahan

KLUANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun susulan kejadian bogel di tempat awam yang videonya tular di laman media sosial, dipercayai berlaku di Jalan Mengkibol, Kluang.
Lelaki berjalan bogel yang videonya tular ditahan polis pada Rabu. - Foto Sinar Harian

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun susulan kejadian bogel di tempat awam yang videonya tular di laman media sosial, dipercayai berlaku di Jalan Mengkibol, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam, pada Selasa.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kluang telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan di Taman Sunrise Park, di sini pada kira-kira jam 4 petang Rabu.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala saringan ujian air kencing didapati negatif.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin, permohonan reman terhadap tangkapan akan dibuat pada Khamis di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 atau talian terus 07-7784256.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui hotline 07-7766822 atau Tablet DCC di 014-3656822. - Sinar Harian

 

Must Watch Video