SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, mengakui tindakan syarikat itu tergesa-gesa memeterai perjanjian dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) kelihatan seperti “satu tindakan oportunistik dan tidak kemas”, susulan kecaman hebat daripada pelbagai pihak.
Altman menerusi hantaran di X berkata OpenAI kini bekerjasama dengan Pentagon untuk menambah baik kontrak berkenaan bagi memperkukuh prinsip keselamatan syarikat, lapor The Wall Street Journal.
“Satu perkara yang saya rasa kami silap ialah kami tidak sepatutnya terburu-buru mengumumkan perkara ini pada Jumaat lepas.
"Isu ini sangat kompleks dan memerlukan komunikasi yang jelas,” kata beliau.
Here is re-post of an internal post:
We have been working with the DoW to make some additions in our agreement to make our principles very clear.
1. We are going to amend our deal to add this language, in addition to everything else:
"• Consistent with applicable laws,…— Sam Altman (@sama) March 3, 2026
Pindaan kontrak itu antara lain bertujuan memastikan teknologi AI OpenAI tidak digunakan untuk pengawasan domestik dan tidak digunakan oleh agensi perisikan seperti Agensi Keselamatan Negara (NSA).
Altman menjelaskan bahawa Pentagon turut mengesahkan perkara tersebut dalam perbincangan yang sedang dijalankan.