Skip to main content

Teknologi

Microsoft teroka integrasi ciri ala OpenClaw ke dalam 365 Copilot

81726184062_Microsoftoffices.jpg
Langkah itu diambil bagi membolehkan pengguna mengautomasikan pelbagai tugasan produktiviti sekali gus meningkatkan kecekapan operasi syarikat dan organisasi besar. -Gambar fail

REDMOND: Microsoft dilaporkan sedang meneroka kaedah untuk mengintegrasikan ciri seumpama OpenClaw secara terus ke dalam 365 Copilot bagi memperkasakan automasi tugasan dalam kalangan pelanggan perusahaan.

Langkah itu diambil bagi membolehkan pengguna mengautomasikan pelbagai tugasan produktiviti sekali gus meningkatkan kecekapan operasi syarikat dan organisasi besar, lapor Amanz.

Microsoft dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang meneliti ciri tersebut untuk kegunaan perniagaan dengan jaminan sistem yang lebih selamat dan stabil.

Menerusi kelebihan ekosistem sedia ada, syarikat teknologi itu juga berupaya mengautomasikan ejen kecerdasan buatan (AI) bagi pelbagai bidang termasuk pemasaran, penjualan serta perakaunan.

Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi Microsoft untuk memperkukuh kedudukan Microsoft 365 Copilot sebagai platform AI produktiviti perusahaan, ketika persaingan dengan penyedia AI lain dalam segmen profesional terus meningkat.

Maklumat lanjut mengenai integrasi dan hala tuju ciri baharu berkenaan dijangka diumumkan secara rasmi pada persidangan Microsoft Build, yang dijadual berlangsung pada awal Jun ini.

Must Watch Video