META kini mengumumkan Instagram akan membuang ciri penyulitan penuh pada permesejan, berkuat-kuasa 8 Mei 2026.
Meta menyatakan ciri ini dibuang kerana tidak ramai yang menggunakan sokongan penyulitan penuh ketika menghantar mesej pada perkhidmatan Instagram.
Sebagai alternatif, pihak Meta meminta pengguna menggunakan WhatsApp sekiranya ingin menggunakan sokongan penyulitan penuh ketika permesejan.
Melalui sokongan penyulitan penuh, pihak lain tidak boleh membaca mesej yang dihantar, dan ia boleh dibaca oleh penghantar dan penerima sahaja.
Sebelum ini, TikTok turut mengesahkan mereka tidak akan menyokong penyulitan penuh pada permesejan dalam aplikasi mereka.
Aplikasi sosial tempatan, Daun turut telah menambah sokongan permesejan baru-baru ini.