Skip to main content

Teknologi

Iklan dalam Status WhatsApp kini dipaparkan kepada semua pengguna

AMANZ
Paparan iklan dalam Status dan Promoted Channels bertujuan membantu pengguna menemui perniagaan dan saluran baharu, tanpa menjejaskan privasi mesej peribadi yang kekal dilindungi melalui penyulitan hujung ke hujung. -Foto Amanz

META akhirnya mengaktifkan paparan iklan dalam Status dan Promoted Channels di WhatsApp secara global, selepas tempoh ujian terhad sejak 2025.

Pengumuman rasmi dibuat melalui akaun WhatsApp di platform X pada 26 Februari 2026, mengesahkan bahawa semua pengguna mula menerima iklan dalam tab Updates, merangkumi Status dan Channels.

 

 

Ciri ini menandakan perubahan besar kepada WhatsApp, yang sebelum ini mengekalkan dasar tanpa iklan sejak penubuhannya, lapor Amanz.

Menurut WhatsApp, paparan iklan dalam Status dan Promoted Channels bertujuan membantu pengguna menemui perniagaan dan saluran baharu, tanpa menjejaskan privasi mesej peribadi yang kekal dilindungi melalui penyulitan hujung ke hujung.

Iklan akan dipaparkan di antara Status seperti format Stories di Instagram, manakala Promoted Channels membolehkan pentadbir saluran meningkatkan keterlihatan kandungan mereka dalam direktori Channels.

Pengguna boleh menyembunyikan atau menyekat iklan tertentu melalui menu kawalan jika mendapati kandungan terlalu kerap atau mengganggu.

Beberapa wilayah juga dilapor mempertimbangkan langganan bebas iklan khusus bagi tab Updates, bergantung kepada peraturan tempatan dan dasar platform.

Must Watch Video