Skip to main content

Teknologi

Google perketat dasar carian, sasar amalan 'back‑button hijacking'

61448877203_InternetAttack.jpg
Algoritma carian baharu akan mula mengesan dan menurunkan kedudukan carian tapak web yang mengamalkan amalan dikenali sebagai “back‑button hijacking”. -Gambar hiasan

MOUNTAIN VIEW: Google akan mengambil tindakan tegas terhadap laman web yang menggunakan teknik teknikal bagi menghalang pengguna daripada kembali ke halaman carian menggunakan butang undur atau “back”.

Gergasi teknologi itu memaklumkan algoritma carian baharu akan mula mengesan dan menurunkan kedudukan carian tapak web yang mengamalkan amalan dikenali sebagai “back‑button hijacking”.

Menurut Google, taktik berkenaan melibatkan penggunaan kod skrip yang memanipulasi sejarah pelayar, sekali gus memaksa pengguna kekal di sesuatu halaman atau mengalihkan mereka ke halaman lain walaupun butang undur ditekan.

Google menyifatkan amalan itu sebagai mengganggu pengalaman pengguna dan melanggar prinsip asas capaian maklumat bebas di internet.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada kemas kini dasar spam dan kualiti carian Google, yang bertujuan membanteras amalan manipulatif serta mempromosikan laman web yang lebih telus dan mesra pengguna.

Google memaklumkan penguatkuasaan akan bermula pada 15 Jun 2026, dan memberi tempoh dua bulan kepada pengendali serta pembangun laman web untuk menghapus atau melumpuhkan sebarang kod yang mengganggu fungsi navigasi pelayar.

 

Must Watch Video