Skip to main content

Teknologi

Artemis II: Empat angkasawan sertai misi pertama ke orbit bulan sejak 1972

Misi Artemis II kini dijadualkan dilancarkan pada jam 6.24 pagi, 2 April waktu Malaysia. Sekiranya berjaya, ia kali pertama manusia kembali mengelilingi bulan sejak 1972 menerusi misi Apollo 17. NASA mengesahkan kebarangkalian misi dilancarkan ialah sekitar 80% dengan misi asal yang dijadualkan Februari lalu dibatalkan kerana kebocoran pada tangki bahan api roket SLS.
Misi selama 10 hari itu akan disertai empat kru iaitu angkasawan NASA, Reid Wiseman, Victor Glover dan Christina Koch, serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada, Jeremy Hansen. -Foto Amanz

WASHINGTON: Misi Artemis II yang membawa manusia kembali mengelilingi bulan dijadualkan pelancarannya pada 2 April, jam 6.24 pagi waktu Malaysia.

Sekiranya berjaya, misi ini bakal menyaksikan penglibatan manusia di orbit bulan buat kali pertama sejak misi Apollo 17 pada tahun 1972, lapor Amanz.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengesahkan kebarangkalian pelancaran adalah sekitar 80 peratus selepas misi asal pada Februari lalu terpaksa dibatalkan akibat isu kebocoran tangki bahan api roket Space Launch System (SLS).

Misi selama 10 hari itu akan disertai empat kru iaitu angkasawan NASA, Reid Wiseman, Victor Glover dan Christina Koch, serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada, Jeremy Hansen.

Pelancaran bersejarah ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube rasmi NASA.

Artemis II dijangka bakal mencatatkan empat rekod baharu dunia termasuk perjalanan paling jauh dari bumi yang pernah dilakukan manusia iaitu melebihi 400,000 kilometer (km).

Selain itu, ia bakal menandakan penglibatan wanita pertama, individu bukan kulit putih pertama serta angkasawan bukan warganegara Amerika Syarikat pertama yang mengelilingi bulan.

Must Watch Video