Skip to main content

Teknologi

Amazon buka rangkaian logistik global melalui Supply Chain Services

71524045454_Amazon.jpg
Amazon SCS menawarkan penyelesaian bersepadu merangkumi pengangkutan bahan mentah, pengedaran produk, pemenuhan pesanan, serta penghantaran barangan jarak akhir (last-mile delivery). -Foto Amanz

SEATTLE: Amazon melancarkan Amazon Supply Chain Services (SCS) yang membuka keseluruhan rangkaian logistik miliknya kepada mana-mana perniagaan, termasuk syarikat yang tidak menjual produk di platform e-dagang berkenaan.

Langkah ini dilihat bakal mengubah landskap logistik global, menyamai impak Amazon Web Services (AWS) dalam pasaran perkhidmatan awan, lapor Amanz.

Amazon SCS menawarkan penyelesaian bersepadu merangkumi pengangkutan bahan mentah, pengedaran produk, pemenuhan pesanan, serta penghantaran peringkat akhir kepada pelanggan.

Image
AMANZ

Beberapa syarikat gergasi telah mula menggunakan rangkaian ini termasuk Procter & Gamble bagi pengangkutan bahan mentah, 3M untuk penghantaran ke pusat pengedaran, serta American Eagle Outfitters bagi penghantaran terus kepada pelanggan.

Di Amerika Syarikat (AS), Amazon kini turut menguruskan pemenuhan pesanan daripada platform pesaing seperti Walmart, Shopify dan TikTok.

Kekuatan logistik Amazon disokong oleh infrastruktur meluas yang merangkumi lebih 200 pusat pengedaran di AS, 80,000 lori, 100 pesawat, serta rekod pengendalian 13 bilion penghantaran setahun.

Pengumuman Amazon SCS dilaporkan telah memberi kesan kepada nilai saham syarikat logistik utama dunia seperti DHL dan FedEx.

Must Watch Video