Skip to main content

Sukan

Tokyo 2020: Perenang Kanada MacNeil menang emas 100m kuak kupu-kupu

41627269619_MargaretMacNeil.jpg
TOKYO: Margaret MacNeil dari Kanada memberikan kilauan emas di kolam renang buat negaranya selepas menduduki tempat pertama dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita di Sukan Olimpik Tokyo di sini hari Isnin.

Perenang itu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 55.59 saat.

Atlet China Zhang Yufei yang ketinggalan 0.05 saat di belakang merangkul perak emas manakala perenang Australia Emma McKeon meraih gangsa dengan catatan 55.64 saat.

-- BERNAMA





Must Watch Video