Skip to main content

Sukan

RMSIR 2025: Tengku Amir Shah sertai perlumbaan inshore sekitar Pulau Pinang

71763596518_TengkuAmirShahSul.jpg
TANJUNG BUNGAH: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berjaya melengkapkan perlumbaan inshore sekitar Pulau Pinang pada kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35 di sini semalam.

Baginda bersama-sama kru kapal layar Maduzi memulakan perlumbaan pada 12 tengah hari sebelum sampai di garisan penamat kira-kira 5 petang.

Pada Selasa, Tengku Amir Shah selamat tiba di Pulau Pinang selepas menamatkan perlumbaan kedua RMSIR 2025 dari Pulau Pangkor, Perak.

RMSIR yang berlangsung selama sembilan hari bermula 14 Nov dan disertai 23 pasukan, akan meneruskan perlumbaan ke Langkawi hari ini.

RMSIR mula dianjurkan pada 1990 merupakan kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan merupakan cetusan idea Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika bergelar Raja Muda Selangor.

-- BERNAMA

Must Watch Video