Skip to main content

Sukan

Piala Mandiri ASEAN B-23: Vietnam lakar hatrik kejuaraan, benam Indonesia di GBK

41753837746_Vietnam.jpg
VIETNAM melengkapkan hatrik kejuaraan selepas menewaskan Indonesia dengan jaringan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), malam tadi.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan agresif mengatur serangan ke kubu masing-masing, namun tidak dapat menoktahkan dengan jaringan awal.

Begitupun, Nguyen Chong Phuong membuka jaringan buat Vietnam pada minit ke-37 selepas situasi huru-hara di hadapan gawang dengan dia merembat masuk bola untuk menewaskan Cahya Supriadi, sekali gus menutup babak pertama dengan skuad Garuda Muda ketinggalan 0-1.

Skuad kendalian Gerald Vanenburg mengatur serangan demi serangan dengan mendominasi dalam separuh masa kedua, namun sukar menembusi benteng pertahanan skuad Naga Emas yang berdisiplin daripada aspek pertahanan.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga wisel penamat selepas tambahan masa lima minit yang diberikan pengadil perlawanan gagal dimanfaatkan pasukan tuan rumah.





Must Watch Video