Skip to main content

Sukan

Piala FA: Arsenal tersingkir angkara gol sendiri

71611457566_FACup.jpg
SOUTHAMPTON 1 ARSENAL 0

Juara bertahan, Arsenal, tersingkir daripada Piala FA selepas gol sendiri Gabriel Magalhaes meranapkan peluang mereka dalam pertembungan sengit di Southampton itu.

Kemenangan tuan rumah di St Mary's itu dilakar tatkala The Gunners kehilangan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang, wira dua gol mereka dalam perlawanan akhir musim lalu, atas sebab peribadi.

Gabriel cuba mengeluarkan hantaran silang Kyle Walker-Peters tetapi usahanya itu sebaliknya berakhir ke penjuru kiri pintu gol yang dikawal Bernd Leno untuk jaringan tunggal perlawanan biarpun pada awalnya asakan awal berkenaan seakan-akan tidak tepat ke sasaran.


Must Watch Video