PENGENDALI Vietnam, Kim Sang-sik, dipilih selaku ketua jurulatih ASEAN All Star menjelang perlawanan pramusim menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini.
Ringkasan AI
Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) menerusi kenyataan rasmi hari ini.
Kecemerlangan merangkul kejuaraan tanpa tewas Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 merupakan punca utama jurulatih dari Korea Selatan itu dipilih, sekali gus mengetuai cabaran Asia Tenggara untuk menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Adalah satu penghormatan untuk memimpin pemain terbaik dari seluruh ASEAN dalam perlawanan sebesar ini.
“Kami bukan sekadar mewakili negara kami, malah kami menunjukkan kepada dunia kebanggaan, semangat, dan kekuatan rantau kami,” katanya.
Pasukan terhebat ASEAN itu akan dibentuk menampilkan pemain terbaik yang dipilih daripada semua 12 persatuan di bawah ahli gabungan AFF, mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan kolektif bola sepak Asia Tenggara. -- Stadium Astro

Ringkasan AI
- Kim Sang-sik dari Vietnam dipilih sebagai ketua jurulatih ASEAN All Star untuk perlawanan pramusim menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei.
- Pemilihan Kim Sang-sik adalah berdasarkan kejayaannya memenangi Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 tanpa kalah.
- Pasukan ASEAN All Star akan terdiri daripada pemain terbaik dari 12 persatuan di bawah AFF, menunjukkan kepelbagaian dan kekuatan bola sepak Asia Tenggara.