Skip to main content

Dunia

9 suspek ditahan berhubung serangan pengganas di Istanbul

Gunfight outside Israeli consulate in Istanbul lasted more than 15 minutes, eyewitness says -- REUTERS
Pada 7 April, tiga pengganas berjaya ditewaskan dalam insiden berbalas tembakan dengan polis yang bertindak menggagalkan serangan itu, manakala dua pegawai polis cedera ringan. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Sembilan suspek ditahan pada Sabtu berhubung serangan pengganas yang menyasarkan sebuah pos polis di daerah Besiktas, Istanbul, lapor Anadolu Ajansi.

Daripada 17 suspek yang ditahan, sembilan direman, dua dibebaskan di bawah kawalan kehakiman dan seorang lagi dibebaskan selepas disoal siasat.

Tiga lagi suspek masih disoal siasat, manakala dua penyerang sedang menerima rawatan perubatan.

Hasil siasatan menunjukkan penyerang tiba dengan menaiki kereta sewa sebelum keluar dengan membawa beg galas dan senjata, lalu melepaskan tembakan ke arah unit polis berhampiran.

Anggota polis kemudian membalas tembakan.

Pihak berkuasa mendapati serangan itu dirancang oleh Daesh.

Suspek terbabit dipercayai bertindak dalam hierarki kumpulan, mengekalkan hubungan dengan organisasi berkenaan serta secara sedar membantu penyerang selaras dengan arahan dan matlamatnya.

Pada 7 April, tiga pengganas berjaya ditewaskan dalam insiden berbalas tembakan dengan polis yang bertindak menggagalkan serangan itu, manakala dua pegawai polis cedera ringan.

Pendakwa raya Istanbul segera melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Menteri Dalam Negeri Turkiye berkata suspek yang terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan polis telah dikenal pasti dan “seorang mempunyai kaitan dengan kumpulan yang memperalat agama”, manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video