Skip to main content

Sukan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca angkat piala pertama dalam karier

81752033393_ImanolMachuca.jpg
WAKTU yang diidamkan telah tiba.


Ringkasan AI
  • Imanol Machuca meraih trofi pertama dalam kerjayanya apabila Velez Sarsfield menjuarai Supercopa Internacional, mengalahkan Estudiantes 2-0.
  • Supercopa Internacional ialah pertandingan antara juara Argentine Primera Division dan juara Trofeo de Campeones.
  • Machuca, pemain warisan Harimau Malaya berusia 25 tahun, telah bermain 12 kali untuk Sarsfield sejak dipinjam pada Januari, termasuk aksi penting dalam perlawanan final.


Akhirnya pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, berjaya merangkul trofi pertama dalam kariernya apabila kelabnya Velez Sarsfield menjuarai Supercopa Internacional, sebentar tadi.

Supercopa Internacional merupakan pertandingan membabitkan juara Argentine Primera Division dan juara Trofeo de Campeones.

Kelab Argentina itu menewaskan Estudiantes dengan kemenangan 2-0 menerusi Tomas Galvan dan Braian Romero.



Ia sekali gus, merupakan piala sulungnya bersama Sarsfield selepas menyertai kelab itu secara pinjaman Januari lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu beraksi selama 76 minit dan terlibat dengan jaringan pertama selepas melancarkan serangan ke atas pasukan lawan.

Setakat ini, dia telah melakukan 12 penampilan bersama Sarsfield. -- Stadium Astro





Must Watch Video