Skip to main content

Sukan

Pasukan mendayung UTHM rangkul pingat gangsa di China

71713345363_tbRowingRegatta.jpg
PASUKAN mendayung negara yang dibarisi atlet pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Nanjing International Universities Rowing Regatta 2024, di Nanjing, China.

Temasya yang berlangsung sepanjang 13 hingga 14 April itu membuahkan hasil apabila pasukan mendayung UTHM berjaya menumpaskan pasukan universiti berprestij di dunia yang turut mengambil bahagian seperti Universiti Cambridge UK, Universiti Oxford UK, Universiti Hong Kong, Univerisit iChulalongkorn Thailand, untuk berada di tempat ketiga catatan masa 6 minit 51.24 saat dalam acara bot lapan lelaki M8+.



Kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST) mendayung Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-UTHM) selepas menjalani latihan selama dua bulan di Pagoh, Johor.

Kebanyakan atlet muda ini juga dalam persiapan rapi bagi menghadapi kempen Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro



Must Watch Video