MOSCOW: Suruhanjaya Perancangan Tinggi Perancis menganggarkan kos penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris berjumlah EUR2.8 bilion (lebih AS$3.2 bilion), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik radio Europe 1.
Anggaran suruhanjaya sebanyak EUR2.8 bilion itu adalah jauh lebih rendah berbanding anggaran Mahkamah Juruaudit Perancis, yang menganggarkan kos Sukan Olimpik berkenaan sebanyak EUR6.6 bilion pada September 2024, lapor Europe 1 pada Selasa.
Tidak seperti Mahkamah Juruaudit Perancis, suruhanjaya itu turut mengambil kira kesan positif penganjuran temasya berkenaan terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur di Perancis.
-- BERNAMA