Skip to main content

Sukan

Mirnawan Nawawi enggan campur tangan dalam kemelut Dharma Raj

71407641891_295x200.jpg
Pengurus skuad projek 2016, Mirnawan Nawawi enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda Ketua Jurulatih Negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Nasib Dhaarma bersama skuad kebangsaan kini menjadi tumpuan selepas jurulatih ini didakwa gagal sejak dilantik pada Januari 2014.

Walaupun Dhaarma memutuskan untuk melepaskan jawatan selepas Sukan Asia, Konfiderasi Hoki Malaysia (KHM) dan majlis sukan negara msn mengambil langkah drastik untuk menentukan nasib Dhaarma Isnin ini.

Mirwanan menyerahkan kepada KHM serta MSN memutuskan masa depan jurulatih itu.


Ikuti temubual penuh bersama Mirnawan Nawawi

 
Dhaarma akan dinilai dari pelbagai sudut antaranya komen lantangnya di laman sosial, kegagalannya di piala dunia serta kekalahan mengejut ditangan Trinidad & Tobago di Sukan Komanwel.

Sementara itu, Mirnawan turut tidak berminat mengulas lanjut spekulasi Sarjit Singh dan arul selvaraj bakal mengisi tempat Dhaarma.

Dua jurulatih ini berada dalam radar KHM.

Must Watch Video