Skip to main content

Sukan

Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!

71732263415_badminton.jpg
PEMAIN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen, hari ini.
 
Selepas mencipta sensasi menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pasangan negara itu memburu slot ke separuh akhir dalam aksi yang berlangsung hari ini.

Berdepan Cheng Kuan-Yin Hui, ternyata rentak yang dipamerkan semalam apabila mereka berjaya merekodkan kemenangan 21-10, 21-16.

Hanya 31 minit diperlukan beregu negara untuk menoktahkan kemenangan sekaligus melangkah ke separuh akhir.


Mereka bertemu pilihan ketiga, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong dalam aksi yang berlangsung esok. -- Stadium Astro




Must Watch Video