Skip to main content

Sukan

Kempen Sivasangari di Terbuka Hong Kong berakhir di suku akhir

51764883783_SSivasangari.jpg
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy wanita negara S. Sivasangari terhenti di suku akhir Terbuka Hong Kong 2025 selepas tewas kepada pilihan utama Hania El Hammamy dari Mesir di Pusat Skuasy Hong Kong, semalam.

Pemain nombor dua dunia itu mempamerkan kelas dan ketenangan untuk menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan mudah 11-4, 11-9, 11-4 ke atas Sivasangari yang tetap berjuang.

Ini menandakan kekalahan ketujuh Sivasangari kepada El Hammamy dalam sembilan pertemuan mereka.

Kekalahan itu juga menamatkan cabaran Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas rakan senegara Aifa Azman dan Rachel Arnold disingkirkan pada pusingan kedua dan pertama masing-masing.

Sivasangari kini menduduki ranking keenam dunia, kedudukan tertinggi dalam kerjayanya setakat ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video