Skip to main content

Sukan

Isu doping: Jangan salahkan ISN - Khairy

51408806747_295x200.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak menuding jari kepada Institut Sukan Negara (ISN) dalam isu doping membabitkan ikon sukan negara .

Ketika ramai pemerhati menganggap ISN bertanggung jawab ke atas apa yang terjadi kepada atlet itu, Khairy tampil dengan nada berbeza.

Menteri Belia dan Sukan itu mempertahankan ISN dan meminta semua pihak tidak menyalahkan ISN.

Ia berbeza sekali dengan ketegasan Khairy dalam menangani isu kegagalan kontinjen negara di Sukan Komanwel dan Sukan Asia, yang menyaksikan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zolkples Embong ditukarkan.


Sementara itu dalam perkembangan lain, jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) umpama pisang goreng panas apabila 15 calon termasuk dari luar negara sudahpun  menghantar permohonan untuk menggantikan  Datuk Seri  Zolkples Embong.

Butiran calon tidak didedahkan, namun khairy kekal dengan pendirian membuka jawatan ini kepada individu asing walaupun mendapat bantahan beberapa pihak.

Ia bukti Kementerian Belia dan Sukan bersikap terbuka dan hanya mahu yang terbaik untuk Sukan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November ini.

Must Watch Video