Skip to main content

Sukan

Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029

51737360868_FlorentinoPrez.jpg
LONDON: Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid sehingga 2029, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.

"Dengan hanya satu pencalonan yang diumumkan oleh lembaga pemilih ini dan mengikut artikel 40, seksyen E, perkara 2 undang-undang kelab semasa, Florentino Perez diumumkan sebagai Presiden Real Madrid," menurut kenyataan daripada juara bertahan Sepanyol dan Eropah itu.

Perez kini akan memulakan penggal kelimanya berturut-turut menerajui gergasi LaLiga itu.

Real Madrid juga mengumumkan senarai ahli lembaga pengarah baharu yang dipilih di Bernabeu.

-- BERNAMA

Must Watch Video