Skip to main content

Sukan

EURO 2024: Hidung Mbappe patah, bakal terlepas aksi seterusnya?

41718671951_KylianMbappe.jpg
KEM kebangsaan Perancis melahirkan kerisauan buat keseluruhan pasukan apabila tonggak penting mereka, Kylian Mbappe, mengalami kecederaan sehingga terpaksa dikeluarkan oleh ketua jurulatih, Didier Deschamps.

Aksi babak mengerikan itu terjadi susulan tandukannya terkena bahu salah seorang pertahanan Austria ketika minit akhir permainan menyebabkan pemain terbaru Real Madrid itu digantikan dengan pemain senior, Olivier Giroud.

Akibat daripada pelanggaran tersebut, Mbappe meronta kesakitan selepas disedari oleh penjaga gol Austria yang kemudiannya dirawat oleh pakar perubatan Perancis selain bajunya dipenuhi dengan kesan darah yang mengalir dari hidungnya.

Perlawanan kedua kumpulan D itu menyaksikan juara Piala Dunia 2018 itu sekadar mencatat kemenangan tipis meskipun menerima asakan bertubi-tubi dari Austria. - Stadium Astro






Must Watch Video