Skip to main content

Sukan

Era baharu di MLS: Heung-min Son kini milik Los Angeles FC

51754533889_HeungminSonLAFC.jpg
LOS ANGELES: Los Angeles FC (LAFC) secara rasmi memperkenalkan penyerang prolifik Korea Selatan, Son Heung-min, sebagai pemain baharu kelab itu dalam satu majlis pengenalan rasmi yang berlangsung di BMO Stadium, hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar AS$26.5 juta, sekali gus mencatatkan rekod sebagai perpindahan paling mahal dalam sejarah Major League Soccer (MLS).

Perpindahan ini menamatkan karier cemerlang Son bersama Tottenham yang bermula pada 2015.

Sepanjang tempoh hampir sedekad di kelab London itu, beliau menjaringkan 173 gol dalam 454 penampilan, merangkul Kasut Emas Liga Perdana Inggeris 2021/22, dan membantu Spurs meraih kejuaraan Liga Europa 2025, trofi utama pertama kelab tersebut dalam 17 tahun.

Son dijangka membuat penampilan sulung bersama LAFC dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada tahap kecergasan semasa dan kelulusan pendaftaran rasmi oleh liga.




Must Watch Video