Skip to main content

Sukan

EPL: Manchester United belum mampu tewaskan West Ham

41764895108_ManchesterUnited.jpg
Manchester United kembali berada di atas Liverpool selepas mengutip satu mata bertemu West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Manchester United mengumpul satu mata berlawanan West Ham United, kembali mengekalkan kedudukan di atas Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.
  • Gol pertama Diogo Dalot membuka tirai jaringan dan menjadi gol pertama beliau musim ini, memberikan kelebihan sementara kepada pasukan tuan rumah.
  • Kedudukan seri 1-1 hasil gol penalti Soungoutou Magassa menyebabkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, menjadikan United, Brighton & Hove Albion, dan Liverpool setaraf dengan 22 mata.


Seperti kebiasaan, ketajaman atau penyudah The Red Devils sering dipertikai apabila gagal menterjemah jaringan penting, sebaliknya terlepas daripada sasaran.

Tuan rumah terpaksa menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi pertahanan kebangsaan Portugal, Diogo Dalot, pada minit ke-58 selepas hantaran Casemiro tepat mengenai kaki Dalot untuk menyumbat masuk gol pendahuluan.

Untuk rekod, ia merupakan gol pertamanya sejak April lalu dan juga yang pertama musim ini.

Skuad kendalian Ruben Amorim terus bernafsu untuk menggandakan kelebihan, namun segalanya tidak berhasil.

Pasukan pelawat sekali lagi dihimpit badi sama tatkala bolos dalam situasi bola mati berbaki tujuh minit permainan.

Soungoutou Magassa menyelamatkan maruah The Hammers untuk kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dan berkongsi satu mata.

United kini berkongsi pungutan mata (22) bersama Brighton & Hove Albion dan Liverpool, sambil masing-masing mengintai peluang untuk mendaki kedudukan liga.




Must Watch Video