Skip to main content

Sukan

Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM

71721280880_tbParkHangSeo.jpg
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memaklumkan pihak pengendali itu terbuka untuk mengadakan rundingan lanjut tetapi masih belum ada tawaran rasmi setakat ini.



Sebagai rekod, Hang-seo merupakan antara calon pilihan untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih, Kim Pan-gon.  -- Stadium Astro



Must Watch Video