SETELAH menjuarai Kejohanan Terbuka Singapura baru-baru ini, perseorangan wanita dari Thailand, Ratchanok Intanon, akan meraih gelaran pemain No.1 dunia buat kali pertama dalam kerjayanya.
Pencapaian itu menyaksikan Intanon muncul wakil Thailand pertama dalam sejarah untuk menghuni kedudukan ranking No.1 dunia.
Lebih menarik, kejuaraan Terbuka Singapura merupakan gelaran ketiga berturut-turutnya setelah menjuarai Terbuka India dan Terbuka Malaysia sebelum itu. Untuk rekod, Intanon menjadi pemain ketiga dalam sejarah Siri Super untuk memenangi hatrik kejuaraan.
"Kini, saya lebih yakin untuk mendapatkan pingat emas dalam Sukan Olimpik nanti.
Intanon akan merampas takhta pemain dari Sepanyol, Carolina Marin, yang menghuni tempat pertama selama 26 minggu apabila kedudukan ranking terbaru dikeluarkan, Khamis ini.