Skip to main content

Sukan

AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal

51766981091_AFCONIvoryCoast.jpg
IVORY Coast dan Cameroon mensia-siakan peluang untuk mara lebih awal ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Africa (AFCON) apabila sekadar terikat 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan F di Stadium Marrakech, Maghribi awal pagi tadi.

Selepas kedua-dua pasukan buntu sepanjang 45 minit pertama, bintang Manchester United, Amad Diallo, memecahkan kebuntuan pada enam minit pertama babak kedua, sekali gus menggamit kelayakan Ivory Coast ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, kesilapan pertahanan kiri, Ghislain Konan, mengundang padah apabila bola sepakan Junior Tchamadeu terbias di kakinya sebelum menuju ke gawang sendiri, sekali gus memebenarkan Cameroon menyamakan kedudukan.

Dengan keputusan itu, kedua-dua pasukan berkenaan perlu menunggu sehingga aksi terakhir Kumpulan F untuk menentukan kelayakan masing-masing.






Must Watch Video