Skip to main content

Sukan

Yellow Jacket Invitational 2026: Azeem raih perak acara 100 meter

Pemegang rekod 100 meter (m) lelaki negara, Muhammad Azeem Fahmi, tidak bercadang untuk memecah rekod peribadi terbaiknya pada Kejohanan Olahraga Jemputan Yellow Jacket di Atlanta, 20 dan 21 Mac ini.
Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s). - Gambar fail/Stadium Astro

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih tempat kedua acara 100 meter (m) pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), Jumaat waktu tempatan.

Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s).

Tempat pertama dimenangi wakil tuan rumah Cameron Crump dengan catatan 10.20 s manakala tempat ketiga milik atlet Zimbabwe Makanakaishe Charamba 10.34 s.

Muhammad Azeem dijangka menyertai kuartet 4x100 m Universiti Auburn pada kejohanan itu, selain mengambil bahagian perlumbaan 200 m yang dijadualkan berlangsung esok. (Sabtu waktu AS).

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video