Skip to main content

Sukan

UCL: PSG sepatutnya menang lebih besar ke atas Liverpool

Soccer Football - UEFA Champions League - Quarter Final - First Leg - Paris St Germain v Liverpool - Parc des Princes, Paris, France - April 8, 2026 Paris St Germain's Marquinhos and Desire Doue celebrate after the match REUTERS/Christian Hartmann
Pemain PSG Marquinhos dan Desire Doue meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan UCL antara PSG dan Liverpool di Parc des Princes, Paris, Perancis, 8 Apr 2026. REUTERS

PARIS Saint-Germain (PSG) membazirkan peluang untuk mencatatkan kemenangan lebih besar ke atas Liverpool ketika memenangi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2-0 di Parc des Princes awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool masih berpeluang untuk bangkit dalam aksi timbal balik di Anfield minggu depan.

Pasukan juara bertahan itu memperoleh kelebihan tipis hasil jaringan Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia tetapi kegagalan Ousmane Dembele dan Nuno Mendes menyempurnakan peluang keemasan dalam separuh masa kedua menyaksikan mereka terlepas peluang untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal.

"Kami mempunyai peluang besar untuk menjaringkan lebih banyak gol. Kami membiarkan Liverpool terus 'hidup', tetapi kami tetap gembira dengan persembahan sepasukan.

"Kami mahu mengekalkan pendekatan sama, itulah yang telah kami lakukan sejak sekian lama," kata tonggak pertahanan, Achraf Hakimi.

Rakan sepasukannya, Warren Zaire Emery, yang mengemudi jentera tengah bersama Joao Neves dan Vitinha, turut menyesali peluang yang terlepas itu.

"Kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol, saya agak terkilan. Keputusan 2-0 sudah memadai tetapi belum ada yang pasti. Kami akan ke sana dengan niat sama, iaitu untuk memenangi perlawanan," katanya.

 

Must Watch Video