Skip to main content

Sukan

Tular pengadil jawab panggilan telefon ketika kemudi aksi final!

Pengadil kelahiran Belanda, Danny Makkelie, mencipta kontroversi selepas dalam satu video yang tular di laman media sosial menyaksikan dia terpaksa menjawab panggilan telefon ketika mengadili sebuah perlawanan final.
Danny Makkelie diberikan tanggungjawab mengemudi aksi final Piala Belanda 2025/26 antara AZ Alkmaar dan NEX Nijmegen di Stadium Feyenoord. - Foto Astro ARENA

PENGADIL kelahiran Belanda, Danny Makkelie, mencipta kontroversi selepas dalam satu video yang tular di laman media sosial menyaksikan dia terpaksa menjawab panggilan telefon ketika mengadili sebuah perlawanan final.

Pengadil berusia 43 tahun itu diberikan tanggungjawab bagi mengemudi aksi final Piala Belanda 2025/26 yang menyaksikan AZ Alkmaar menewaskan NEX Nijmegen 5-1 di Stadium Feyenoord.

Dalam situasi yang janggal berlaku itu, menyaksikan Makkelie terpaksa menghentikan perlawanan seketika untuk menerima panggilan telefon di tepi padang sebelum kembali menyambung semula perlawanan itu.

Difahamkan, panggilan misteri itu mengenai ancaman keselamatan di dalam stadium apabila terdapatnya bunga api yang diletupkan daripada tempat penyokong.
 

 

 

 

Must Watch Video