PENYERANG Bayern Munich, Nicolas Jackson, dilayangkan kad merah pada minit ke-42 selepas melakukan kekasaran yang mengerikan kepada pemain Bayer Leverkusen, Martin Terrier, awal pagi tadi.
Dalam satu posting yang tular menyaksikan pemain pinjaman dari Chelsea itu melakukan halangan keras ke arah kaki Terrier yang sedang membawa bola.
Dalam perlawanan itu menyaksikan Bayern Munich mengikat Bayer Leverkusen 1-1 di Bay Arena untuk membawa pulang satu mata berharga sekali gus terus gah di puncak saingan Bundesliga.
Untuk rekod, Nicolas Jackson memulakan perlawanan keduanya berturut-turut selepas penggempur utama, Harry Kane, mengalami kecederaan.