ISTANBUL: Lebih 890 orang ditahan di seluruh Perancis selepas sambutan kemenangan pasukan bola sepak Paris Saint-Germain ke atas Arsenal dalam Liga Juara-Juara bertukar ganas pada hujung minggu, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik penyiar tempatan Perancis, Business FM Television (BFMTV).
Bercakap kepada France Inter, Nunez berkata pihak berkuasa telah melakukan lebih 890 tangkapan di seluruh negara sepanjang dua hari itu, menurut BFMTV.
Beliau berkata, angka itu mewakili peningkatan lebih 45 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Nunez juga berkata 178 pegawai polis dan anggota tentera cedera semasa pergolakan itu. Menurut BFMTV, 312 daripada mereka yang ditahan kemudiannya diletakkan dalam tahanan polis.
-- BERNAMA-ANADOLU