MENGIKUT analisis Ilham Centre, angin perubahan dan ‘mood swing’ yang ketara dalam kalangan pengundi berlaku pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah kali ini.
Ia terutama bagi pengundi etnik Cina dan pengundi Kadazan Dusun Murut (KDM) bandar seperti di Likas, Inanam, Luyang, Kapayan dan Api-Api.
Mereka ini merupakan kelompok yang sangat terdedah kepada sumber maklumat pantas melalui media sosial yang membentuk pola penolakan terhadap pengaruh parti dari Semenanjung.
‘Mood’ protes dan kecewa boleh dilihat pada kempen Pakatan Harapan di kawasan bandar yang dilihat begitu hambar dan tidak mendapat sambutan pengundi Cina berbanding PRN sebelum ini.
Sekiranya gelombang protes ini membesar dengan peratus yang signifikan, kerusi Inanam, Api-Api milik PKR mungkin bertukar tangan, sementara Likas, Luyang dan Kapayan milik DAP berada di hujung tanduk.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini