Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat

TB_MANGSA BANJIR SABAH_Sekretariat Penguruan Bencana Negeri Sabah
Foto Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort meningkat kepada 312 orang daripada 121 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 304 orang daripada 130 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

“Lapan kampung terjejas sejak daerah itu dilanda banjir pada Khamis berikutan hujan berterusan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah akan mengalami hujan sebelah pagi dan malam, manakala ribut petir pada petang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video