KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Sabtu.
Ringkasan AI
Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Ismail Ayob menang di kerusi DUN Lamag, dengan majoriti 5,681 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Ismail yang lebih dikenali sebagai MIHA menewaskan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek yang hanya memperoleh 1,588 undi.
PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati.
Sementara itu, seorang lagi Calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi
Naim Moktar yang merupakan anak bekas penyandang kerusi iaitu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meraih 19,852 undi mengatasi Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) yang memperolehi 5,638 undi, manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian Bung Moktar Radin, 66 tahun pada 5 Disember tahun lepas.
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini

Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan dalam PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan di Sabah.
- Calon BN, Mohd Ismail Ayob memenangi DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi berbanding calon Warisan.
- Kemenangan BN di Parlimen Kinabatangan diraih oleh Mohd Kurniawan Naim Moktar dengan majoriti 14,214 undi, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.