Skip to main content

Politik

Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Johari memaklumkan, beliau belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Perkara itu disahkan Johari ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Belum (terima surat)”, katanya ringkas.

Ahad lepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan Ketua Pembangkang.

Ahmad Samsuri berkata, susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video