Skip to main content

Politik

[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah

61691853472_TBCALONDAP.jpg
SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Menteri Pengangkutan itu menang dengan majoriti 2,200 undi selepas memperoleh 5,888 undi, sementara Rosmadi mendapat 3,688 undi.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menang kerusi DUN Chennah dengan majoriti 1,155 undi dalam saingan tiga penjuru.

-- BERNAMA



Must Watch Video