Skip to main content

Politik

PRN Johor: BN lancar jentera pilihan raya Ahad ini

Marilah kita bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) PRN Johor 2026 sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada kepimpinan yang telah membawa kestabilan, kemakmuran serta pembangunan berterusan kepada negeri Johor. -- FB Israk Abdullah
Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan majlis pelancaran tersebut pada 3.30 petang.

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka merasmikan majlis pelancaran tersebut pada 3.30 petang.

Pengerusi BN Johor merangkap Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi turut dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Menurut Md Israk, pelancaran itu bukan sekadar acara tradisi parti, sebaliknya menjadi platform manifestasi solidariti serta kesatuan utuh jentera BN dalam mendepani cabaran pilihan raya.

Beliau berkata kehadiran penyokong ke stadium berkenaan juga bakal menjadi bukti sokongan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap kepimpinan BN yang selama ini memacu kemajuan negeri tersebut.

“Kehadiran anda bukan sekadar memenuhi ruang stadium, tetapi menjadi bukti bahawa semangat perjuangan BN terus kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat. Bersama-sama kita tunjukkan kekuatan jentera, kesatuan ahli serta iltizam untuk memastikan Johor terus maju, stabil dan makmur,” katanya.

Md Israk turut menyeru seluruh ahli, keluarga, sahabat dan penyokong BN untuk hadir beramai-ramai dengan mengenakan baju korporat rasmi BN berwarna biru bagi memeriahkan majlis tersebut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement