Skip to main content

Advertisement

Politik

PAU2017: UMNO pulih daripada pembelotan, perebutan kuasa - Khairy

81512531232_KhairyJamaluddin.jpg
Parti bertunjangkan Melayu, UMNO kini telah pulih daripada pembelotan dan perebutan kuasa, tegas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Malah, kepimpinan parti itu di setiap peringkat juga telah kembali bersatu dalam memperjuangkan keazaman dan transformasi yang dibawa selama ini.


"Perjuangan kita tidak menjaja gula-gula namun bertunjangkan kepada transformasi yang digarap untuk Malaysia.

"Maka, persoalan besar yang saya maksudkan itu adalah mengapa rakyat perlu mengundi kita, Barisan Nasional? Mengapa di kotak undi nanti, hanya dacing yang perlu dipangkah, dan bukan yang lain.

"Bahawa nostalgia dongeng yang dilagukan di sana (pembangkan), bahawa harapan palsu yang digula-gulakan mereka, tiada bandingannya dengan keazaman dan transformasi sebenar yang kita bawa," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tegas Khairy, Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) menjadi platform dalam membangkitkan keyakinan bahawa hanya UMNO jadi pilihan pengundi.

Must Watch Video