Skip to main content

Politik

Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim

61512594910_PAU.jpg
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gelombang keluar parti yang melanda UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu parti itu.

Tegas Anwar, UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang mempunyai sejarah panjang dalam pembinaan negara seharusnya tampil dengan wajah serta paradigma baharu perjuangan.

"Ternyata pimpinan baru UMNO tidak begitu kuat untuk  membawa wajah baru UMNO sehingga ahli-ahli nampak goyang,” kata Anwar ketika ditemubual dalam program mingguan AI.

Bagi Anwar, UMNO mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan harus dibina semula kekuatan sebagai mana parti Golkar di Indonesia yang begitu kuat berpegang kepada paradigma perjuangan yang baharu.

TONTON: Video komen oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tok Pa keluar UMNO   

Langkah keluar parti oleh tokoh-tokoh besar dalam parti itu disifatkan sebagai hak pemimpin tersebut.

"Saya tidak mereka (ahli-ahli UMNO yang keluar parti) harus berasa tertekan atau terugut untuk keluar parti, itu keputusan dan kebijaksanaan masing-masing," tegas Anwar.

Bual bicara mingguan eksklusif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim disiarkan setiap Khamis, pukul 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI.  


Must Watch Video