Skip to main content

Politik

FB Live Pesanan Perdana Tun M gagal capai sasaran 10 juta tontonan

41525796806_TunMahathir.jpg
Facebook Live Pesanan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mencapai sasaran 10 juta tontonan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Melalui Facebook rasmi milik Pengerusi Pakatan Harapan itu, lebih 200,000 tontonan dicatatkan semasa waktu kemuncak.

Bagaimanapun, selepas tamat ucapan, lebih 1.6 juta penonton direkodkan di laman sosial itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Pakatan Harapan mensasarkan 10 juta penonton dan bakal pengundi mengikuti sesi FBLive berkenaan.

Ia susulan sambutan sesi Ceramah Kebangkitan Rakyat  diikuti 62,000 penonton yang mencapai 2 juta penonton ketika Tun Dr Mahathir berucap.

BACA: Ini mesej dari dua ucapan 'Grand Finale' PRU14

BACA: FB Tun Mahathir catat interaksi tertinggi minggu ini - Facebook




Must Watch Video