Skip to main content

Politik

Fahmi digantung jawatan parti, Rafizi kekal ahli PKR – Fuziah

KUALA LUMPUR, 9 Jan --Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat Fahmi Zainol (tengah) ketika sidang media selepas laporan polis yang dibuat terhadap seorang pentadbir akaun media sosial milik seorang bekas perdana menteri yang didakwa menghina mahkamah berkaitan kes SRC International di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.   --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Fuziah, pihaknya akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat berhubung kedudukan Fahmi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol digantung daripada semua jawatan parti berkuat kuasa serta-merta sehingga kes mahkamah yang dihadapinya diputuskan.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP yang turut membincangkan beberapa perkara berkaitan disiplin dan keanggotaan parti.

Menurut beliau, pihaknya akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat berhubung kedudukan Fahmi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan sama, MPP memutuskan Datuk Seri Rafizi Ramli kekal sebagai anggota parti selepas meneliti jawapan beliau terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu diingatkan supaya sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika serta disiplin parti sebagai tanda kesetiaan kepada organisasi.

Sementara itu, Fuziah memaklumkan parti menerima 14,225 anggota baharu bagi tempoh Oktober 2025 hingga Januari 2026.

Antara yang menyertai PKR termasuk Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Dr Sani Araby Salim Araby serta Pengurus Strategik MAPIM, Hidayat Abdullah.

MPP turut melantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP, manakala Pencetus Ummah (PU) Haris atau Muhd Haris Mohd Ismail sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR.

Must Watch Video