KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan fokus utama kerajaan ketika ini adalah memastikan agenda pembangunan rakyat berjalan lancar, meskipun berdepan pertanyaan mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
Menjawab soalan sama ada beliau berhasrat membubarkan DUN Sabah kerana jentera parti dilihat sudah bersiap siaga, Anwar berkata jentera pilihan raya memang berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi, namun keutamaan beliau adalah menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
“The whole jentera pilihan raya nombor satu bah… tapi yang paling penting bantuan banjir kerana fasa pertama sedang dijalankan. Fasa kedua itu mesti dipercepatkan,” katanya ketika ditemui media di Himpunan Temu Rapat Umum PKR di sini.
Menurut Anwar, antara perkara yang diberi perhatian ialah pembangunan semula sekolah uzur dengan peruntukan baik pulih sebanyak RM39 juta.
“Saya minta kerajaan Persekutuan segerakan… sekolah yang bangunan papan itu mesti dibangunkan semula,” jelasnya.
Perdana Menteri turut mengumumkan akan ada pengumuman baik untuk Sabah dan Sarawak pada 10 Oktober ini (Belanjawan 2026), yang dijangka membawa berita positif kepada rakyat di kedua-dua negeri.
“Bila kita ada kuasa, inilah masanya kita lakukan sebaik mungkin untuk negara. Impian saya ialah rakyat bersatu, anak-anak ada peluang dan harapan dalam negara tercinta ini.
"Masa depan anak-anak mesti lebih baik daripada mak bapak, dengan sekolah, hospital dan jalan raya yang lebih baik,” katanya.
Beliau menegaskan kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan miskin tegar supaya tiada yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini

Ringkasan AI
- Anwar fokus pembangunan rakyat, bukan PRN. Perdana Menteri tegaskan keutamaan kerajaan ialah bantuan banjir, pembangunan sekolah uzur (RM39 juta) dan kebajikan rakyat, bukan pembubaran Parlimen.
- Pengumuman penting untuk Sabah & Sarawak dijangka pada 10 Oktober, berkaitan inisiatif yang membawa manfaat kepada rakyat di kedua-dua negeri.
- Kerajaan beri tumpuan hapus miskin tegar dan pastikan akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan dan infrastruktur demi masa depan generasi muda.