Skip to main content

Politik

Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini

81459396110_TSAdenanSatem.jpg
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama  (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Jalan Demak di sini pagi tadi.

Beliau tiba kira-kira jam 9.45 pagi.

Kunjungan  itu adalah rutin biasa bagi seorang Ketua Menteri untuk menghadap TYT sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri pada hari ini juga.

Adenan meluangkan masa kira kira 1 jam 15 minit berjumpa dengan Abdul Taib sebelum meninggalkan kediaman berkenaan pada jam 11 pagi.

Beliau sempat berhenti di hadapan pihak media untuk memberitahu bahawa beliau akan mengadakan satu sidang media di pejabat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia pada jam 2 petang ini.

Spekulasi sidang media berkenaan terus menjadi teka teki di kalangan pihak media bila terdapat juga desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri ke -11 diadakan.

Penggal DUN Sarawak sekarang  sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini.

Must Watch Video