Skip to main content

Malaysia

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Ketua Polis Negara

41755397718_TBSultanIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.

Mohd Khalid diiringi Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Datuk M Kumar.

Sesi menghadap Agong itu merupakan yang pertama bagi kedua-dua pegawai kanan berkenaan sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam pasukan polis.

Dalam sesi itu, Seri Paduka Baginda turut dipersembah maklum berhubung isu-isu semasa PDRM serta perkara berkaitan keselamatan negara.






Must Watch Video