Skip to main content

Malaysia

Video empat penunggang motosikal 'melambung' tular di media sosial

41564929249_motormelambung.jpg
Sebuah video memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kenderaan tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Puchong Intan pada petang Ahad.

Kesemua mangsa dipercayai baru sahaja pulang dari satu majlis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dilihat merempuh kenderaan di hadapan sebelum empat penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

Sehingga kini Astro AWANI masih menunggu kenyataan dari pihak berkuasa berkenaan kejadian.


Must Watch Video